|
Post by hotd on Sept 10, 2013 14:27:36 GMT 8
Salam, sedara sedari sekalian,
Sepanjang musim Haji ni, den dpt supplier utk mengedar Air Zam-Zam, yg direct dari Makkah.
Item: Sebotol 10 liter - RM100
Promotion: kalau ambil lebih 3 botol RM90 sebotol
Area cover: KL,postage boleh tapi ditanggung oleh pembeli.
Contact: PM den
|
|
|
Post by arialun on Sept 10, 2013 21:34:06 GMT 8
Kalau Air zam2 ini diwiridkan dengan wirid penyembuhan tentu lagi berkesan kan?
|
|
|
Post by hotd on Sept 11, 2013 9:06:12 GMT 8
Kalau Air zam2 ini diwiridkan dengan wirid penyembuhan tentu lagi berkesan kan? belum cuba lagi , dengan air zam zam tuh sendiri mmg barakah.. insyaAllah boleh kot kita active kan lagi energy dalam air tersebut
|
|
|
Post by arialun on Sept 11, 2013 10:41:50 GMT 8
================ KEANEHAN AIR ZAMZAM ================
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada media di Eropah bahawa Air ZamZam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air ZamZam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mengendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga Air ZamZam. Masya Allah, tuduhan yang tak bernilai apapun.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar contoh Air ZamZam ke laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain seorang ahli kimia yang bekerja di Institut Peresapan Air Laut untuk air minum di Jeddah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga Air ZamZam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki sahaja (kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim a.s.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata Air ZamZam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per detik, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran pipa di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!
Dia berfikir mungkin saja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisitas besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang dapat mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, saya temuinya! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berputar mengelilingi telaga ketika tiba masa penghisapan air oleh pam air untuk keluar. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
=================== Mengandungi Zat Anti Kuman ===================
Hasil penyelidikan contoh Air ZamZam di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa Air ZamZam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan Air ZamZam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada Air ZamZam, mungkin sebab itulah Air ZamZam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.
==================== Boleh Menyembuhkan Penyakit ====================
Nabi saw menjelaskan, ”Sesungguhnya, Air ZamZam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi saw menambahkan, “Air ZamZam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah saw pernah mengambil Air ZamZam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air ZamZam itu digunakan Rasulullah saw untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa Air ZamZam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
1. Kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan penyembuhan.
2. Air ZamZam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air ZamZam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqh mencadangkan agar jemaah haji membawa Air ZamZam ketika pulang ke negaranya kerana Air ZamZam dapat menjadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Inilah anugerah yang Allah kurniakan kepada kita makhlukNya. Inilah yang dikatakan kekuasaanNya dan kebesaranNya agar kita sentiasa mengingatiNya!
Wallahu a'lam
|
|
|
Post by akubukandukun on Sept 11, 2013 13:11:29 GMT 8
Kalau Air zam2 ini diwiridkan dengan wirid penyembuhan tentu lagi berkesan kan? Yup insyaaallah sesuai dengan sabda Nabi SAW: Nabi saw menambahkan, “Air ZamZam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
|
|
|
Post by hotd on Sept 11, 2013 16:04:34 GMT 8
maka, mari-mari , air zam-zam free, perkhidmatan di bayar
|
|